Sunday, November 25, 2012

TEKNIK PERMAINAN DALAM PENGAJARAN




TEKNIK PERMAIANAN...

Untuk keseronokan
untuk tarik pelajar untuk belajar
mengikis rasa bosan





















Saturday, November 24, 2012

HIPERAKTIF (ADHD- attention Deficit Hyperactivity Disorder)




Definisi hiperaktif


  • keadaan yang di kenal sebagai kesukaran memusatkan perhatian, mempunyai masalah kecil di otak, kerosakan kecil di otak, terlalu banyak bergerak atau aktif dan hiperaktif.
  • ADHD adalah satu gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokuskan terhadap sesuatu benda.
  • menurut American Psichiatric Association (APA) 1994, ADHD adalah "tingkah laku hiperaktif dan kurang tumpuan yang berlaku secara berulang-ulang atau berterusan. Tingkah laku ini berlaku sangat kerap dan di lihat secara berulang-ulang atau berterusan.
  • 3%- 5% gangguan hiperaktiviti dan impulsitiviti kerap berlaku ketika pra sekolah, sekolah rendah dan pada peringkat remaja.
  • Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mendapat ADHD berbanding perempuan.
  • umur 7 tahun biasanya kanak-kanak mengalami kecelaruan dan ganguan serta kurang tumpuan.

Kategori dan ciri-ciri murid ADHD

a) kurang tumpuan
  • gagal memberikan tumpuan dengan teliti pada butir-butir tertententu atau terperinci. kanak-kanak selalu cuai dan lalai melakukan kesilapan dalam kerja sekolah, pekerjaan dan dll.
  • mempunyai masalah untuk mempertahankan tumpuan dan perhatian dalam sesuatu aktiviti terutama aktiviti visual dan pemikiran kecuali menggunakan jari untuk menunjukkan perkara yang di baca. Kanak-kanak 6 tahun boleh menumpukan perhatian sekurang-kurangnya 15-20 minit sahaja.
  • tidak mendengar perkara yang diperkatakan kepadanya. contohnya memberikan arahan yang banyak dalam satu masa, mereka tidak dapat mengingatnya.
  • gagal untuk mengikut atau mematuhi arahan dan sering gagal melengkapkan atau menyiapkan kerja sekolah atau kerja rumah yang diberikan.
  • menghadapi masalah dalam pengurusan dan pengelolaan aktiviti, tugasan atau kerja dengan sendiri.
  • selalu mengelak, berasa benci atau enggan memberikan komitmen terhadap kerja yang memerlukan tumpuan yang lama serta memerlukan keupayaan dari segi mental contohnya kerja sekolah.
  • selalu kehilangan benda atau barang yang berkaitan dengan kerja. hal ini boleh di kategorikan sebagai sifat yang pelupa atau tidak ingat sesuatu perkara yang telah di lakukan.
  • senang di ganggu oleh elemen luar
  • menjadi pelupa dalam aktiviti harian.

b) Hiperaktif
  • kerap mengerakkan tangan dan kaki atau mengeliat di tempat duduk.
  • selalunya meninggalkan tempat duduk di dalam kelas, kurang perhatian dan lebih tumpuan kepada perkara yang di minati
  • sering berlari ke sana ke mari atau memanjat dengan melampau dalam situasi yang tidak sesuai
  • kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktivit riadah secara senyap.
  • tidak duduk diam iaitu mereka sentiasa dalam keadaan bergerak cergas atau kerap bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan.
  • terlalu bayak bercakap, kadang-kadang cuba membebel

c) impulsif
  • selalu memberikan jawapan terlebih dahulu sebelum soalan diajukan sepenuhnya.
  • tidak sabar atau menghadapi masalah untuk menanti giliran
  • sering mencelah perbualan,menganggu aktiviti atau suka mengusik rakan yang lain (berlagak seperti ketua).
  • membuat pertimbangan yang salah. Tidak dapat membezakan perkara yang dilakukan betul atau salah.
  • cenderung untuk mengalami kemalangan kerana selalu bermain dengan benda yang tajam, melintas jalan raya tanpa melihat kiri dan kanan.

d) gabungan
  • gabungan daripada impulsif, hiperaktif dan kurang tumpuan
  • sukar untuk mengawal tingkah laku
  • tidak memberikan tumpuan, gagal menyiapkan tugasan, tidak mengikut arahan dan sukar utuk memberi tumpuan terhadap sesuatu aktiviti.
  • masalah impulsif menyebabkan murid sukar untuk bertindak tanpa berfikir, bertukar-tukar aktiviti, sukar menunggu giliran
  • masalah hiperaktif menyebabkan murid sukar berlari atau memanjat perabot, tidak boleh duduk diam, bergerak secara berlebihan semasa tidur, mudah mengamuk dan sukar menyesuaikan diri dengan orang lain.

ASPEK DAN CIRI-CIRI MURID ADHD

a) kognitif dan pencapaian akademik
  • lemah dalam pencapaian akademik kerana tidak dapat memberikan tumpuan atau meluangkan masa yang sedikit di dalam kelas
  • gred yang di perolehi rendah dan berkemungkinan untuk gagal adalah tinggi
  • mempunyai untuk belajar dalam jangka masa yang lama dan cenderung untuk di atur serta mudah lupa.
  • tulisan yang buruk, kerja tidak memuaskan hati dan cuai, tugasan tidak lengkap dan kerja tidak disusun dengan baik.

b) Sosial
  • tidak suka bergaul dengan rakan sebaya lain, dan sukar unt di terima oleh rakan kerana sikap yang agresif.
  • sering berlaku pertelingkahan kerana ADHD tidak pandai berkomunikasi dengan baik.
  • ADHD yang teruk akan mengakibatkan antisosial yang bertambah dan interaksi sosial menurun
  • akan disisihkan atau tidak diterima oleh rakan dan tidak di sukai oleh guru.

c) emosi
  • mempunyai emosi yang tidak menentu dan cepat berasa marah
  • suka mengancam orang lain dalam bentuk fizikal ataupun percakapan
  • menjadi ganas tanpa sebab atau kerana masalah kecil
  • suka ketawa dan berasa seronok dengan tiba-tiba
  • seronok melihat kawan marah dengan gangguan yang di lakukan

d) tingkah laku
  • kerap mengasah pensel berbanding rakan lain, melihat sesuatu di atas rak buku berulang kali dan mengeliat atau bermain pensel diatas meja semasa guru mengajar
  • berlari dan memanjat di dalam kelas atau di rumah
  • menganggu rakan lain
  • bertukar aktiviti kepada aktivit lain
  • sukar menunggu giliran
  • suka membahayakan diri sendiri contohnya melintas jalan

FAKTOR PENYEBAB ADHD

  • pengambilan gula yang berlebihan
  • kerosakan saraf di otak
  • tahap neurotransmiter di dalam otak yang rendah
  • faktor genetik
  • faktor persekitaran
  • teratogen
  • tekanan emosi
  • faktor cuaca

CIRI-CIRI POSITIF ADHD
  • Kegigihan dalam kreativiti
  • bersifat kata hati
  • mempunyai emosi keinsafan
  • penuh semangat atau girang
murid-murid ADHD juga mampu berjaya dan bersaing dengan murid-murid yang normal





Saturday, November 17, 2012

DISLEKSIA




apa itu disleksia???





  • murid yang mengalami kesukaran untuk membaca. Hal ini kerana pelajar tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul samada dalam bentuk huruf, suku kata atau dalam perkataan
  • Dyslexia berasal daripada gabungan dua perkataan yunani iaitu "dys" bermakna kesukaran atau kesusahan dan "lexis" pula bahasa dan pertuturan. 
  • murid disleksia juga mengalami masalah dari segi menulis, mengira, dan mengeja.
  • murid disleksia dilabel sebagai seorang pemalas, bodoh dan lembab.
  • disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah tetapi kerana mereka mengalami kecelaruan otak dan tidak dapat mengecam sesuatu perkara dengan baik kerana sesuatu yang dilihat adalah dalam bentuk yang terbalik.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendifinisikan murid-murid disleksia sevagai murid yang mengalami masalah pembelajaran yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid yang biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

jenis-jenis disleksia

terdapat 3 kategori iaitu :

  1. visual
  • berkaitan dengan murid yang menggunakan deria penglihatan
  • walaupun murid-murid disleksia dapat melihat dengan baik tetapi mereka tidak dapat membezakan perkara yang dilihat ataupun menginterpretasikan serta mengingatinya.
    2.   auditori
  • murid menggunakan deria pendengaran
  • murid disleksia dapat mendengar dengan baik, tetapi mereka mengalami kesukaran dalam mendiskriminasikan bunyi, membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi dan mengenal pasti bunyi bagi perkataan ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata.
    3.   visual-auditori
  • murid-murid mengalami masalah disleksia yang teruk kerana kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat membantu mereka menginterpretasikan perkara yang di lihat dan didengar.

Klasifikasikan murid-murid disleksia

1. Diskalkulia - bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
2. Disgrafia - bermasalah dalam bahasa
3. Dispraksia - bermasalah dalam koordinasi motor, mata dan tangan
4. Apraksia - masalah dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa


Diskalkulia



  • masalah dalam pengiraan atau matematik
  • murid yang menghadapi masalah diskalkulia akan merasa fobia dengan nombor.

ciri-ciri murid yang menghadapi diskalkulia :

  1. boleh berbicara, membaca dan menulis dengan baik tetapi mempunyai keupayaan yang terhad apabila ia melibatkan nombor, membilang dan menyelesaikan masalah matematik
  2. mempunyai daya ingatan yang baik tetapi sukar untuk membaca nombor dan mengingat nombor mengikut turutan yang betul.
  3. boleh memahami konsep asas matematik tetapi sering kecewa dengan perkara yang melibatkan pengiraan
  4. bermasalah dengan konsep masa, jadual dan mengaggarkan waktu
  5. lemah dalam mengingat arah, mudah terganggu dengan perubahan baru dan keliru dengan perkara rutin yang melibatkan nombor
  6. memori jangka panjang yang melibatkan matematik sangat terhad. Mereka mungkin boleh menyelesaikan masalah matematik pada hari di ajar, tetapi akan lupa apabila disuruh untuk menyelesaikan masalah matametik pada keesokan hari.
  7. lemah dalam membuat anggaran dan membilang hari
  8. mengalami kesukaran apabilan bermain permainan yang memerlukan strategi seperti catur, dam ular dan video permainan.
  9. sukar untuk mengira markah dan tidak suka dengan permainan kad yang memerlukan aktiviti pengiraan.

Disgrafia



  • gangguan neurologi yang melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak untuk menulis dengan betul.
  • gangguan ini menyebabkan seseorang menulis dalam bentuk yang menyimpang atau salah.
  • gangguan disgrafia terjadi ketika pelajar diperkenalkan dengan tulisan buat pertama kali
  • murid yang menghidapi disgrafia biasanya mempunyai tulisan "cakar ayam" dan kadang-kadang mereka sendiri tidak memahami perkara yang di tulis.
  • mengalami kesulitan belajar kerana mereka sering membuat salah apabila melakukan aktiviti yang melibatkan ejaan dan menulis.

ciri-ciri murid yang menghadapi masalah disgrafia

  1. memegang pen atau pensel dengan cara yang pelik atau berlainan daripada orang lain
  2. tulisan agak sukar untuk dibaca dan di fahami
  3. cuba mengelakkan diri apabila disuruh menulis dan melukis
  4. cepat penat apabila menulis
  5. menyebut perkataan dengan kuat apabila menulis
  6. sering tidak habis menyalin perkataan atau meninggalkan perkataan dalam tulisan
  7. sukar untuk meluahkan buah fikiran di atas kertas
  8. mengalami kesukaran dalam struktur ayat dan tatabahasa
  9. memperlihatkan jurang yang besar antara idea-idea secara bertulis dengan pemahaman yang di tunjukkan melalui ucapannya.

Dispraksia



  • gangguan disebabkan oleh ketidakupayaan neorologi
  • menganggu sistem koordinasi motor, mata dan tangan
  • sukar untuk meluahkan pendapat, membuat perancangan, melaksanakan aktiviti yang melibatkan pergerakan motor, mata dan tangan.
  • murid-murid dalam kategori ini sukar untuk memegang pensel dan boleh menyebabkan tulisan sukar untuk dibaca

ciri-ciri murid yang menghadapi masalah dispaksia

  1. lemah dalam koordinasi motor, mata dan tangan serta tidak dapat mengawal keseimbangan badan
  2. mengalami masalah mata
  3. lemah terhadap kesedaran mengenai ruang dan membuat persepsi
  4. postur badan yang lemah
  5. daya ingatan jangka pendek yang lemah
  6. kesukaran dalam membaca, menulis dan memberi ucapan
  7. mengalami masalah emosi dan tingkah laku
  8. kurang bersosial



Apraksia


  • gangguan pengucapan atau percakapan
  • sukar untuk mengeluarkan kata,bunyi atau pengucapan secara kosisten
  • gangguan ini disebut sebagai apraksia verbal kerana individu yang menghadapi mungkin mengalami kesukaran untuk membentuk bunyi dan berkomunikasi dengan berkesan
  • gangguan ini tidak dikaitkan dengan ketidakupayaan artikulasi seperti kelemahan otot lidah atau bibir

ciri-ciri murid yang mengalami gangguan apraksia

  • masalah untuk membentuk semua bunyi dalam kata atau membentuk bunyi-bunyi perkataan
  • tidak konsistem dalam pengeluaran suara.contoh dapat mengeluarkan suara dengan betul pada minit pertama dan tidak mampu mengeluarkan bunyi dengan betul pada minit seterusnya.
  • kesukaran terhadap intonasi dalam sebutan, nada suara mereka mungkin tidak sesuai dengan perkara yang ingin disampaikan.

masalah-masalah murid disleksia

  • masalah fonologi
  • masalah mengingat perkataan
  • masalah penyusunan bersiri
  • masalah ingatan jangka pendek
  • masalah kesedaran sintaks

Punca-punca Disleksia

otak

  • sambungan antara ke duan-dua belah otak yang di sebut korpus kolosum
  • korpus kolusum menjadi satu perjalanan isyarat saraf "sesak" dengan impuls saraf yang berulang alik

keturunan
  • boleh diwarisi, cuma darjah keterukan disleksia yang dialami mungkin berbeza
  • selain kromosom 6, disleksia juga disebabkan oleh kromosom 1, 15, dan 16 boleh diwarisi secara turun temurun

Biologi
  • kesukaran ibu melahirkan bayi seperti lahir tidak cukup bulan yang boleh menyebabkan kekurangan oksigen semasa di lahirkan
  • komplikasi yang di hadapi ibu semasa proses kelahiran juga menyumbang berlakunya gejala ini.
  • faktor ini boleh menyebabkan ketidaksempurnaan perkembangan otak yang boleh menyebabkan berlakunya masalah disleksia.

Ciri-ciri murid Disleksia
  • mempunyai masalah dalam ejaan
  • mempunyai masalah dalam ingatan
  • mempunyai masalah dalam membaca
  • mempunyai masalah dalam menyalin nota
  • mempunyai masalah dalam penomboran
  • mempunyai masalah visual motor

Tanda-tanda penghidap disleksia mengikut kategori umur

kanak-kanak prasekolah (3- 6 tahun)
  • mempunyai kemahiran bertutur yang lambat dan sukar untuk memahami arahan
  • suka mengantikan perkataan dan agak hiperaktif
  • mempunyai kemahiran motor kasar dan motor halus lemah
  • sering kali terlupa nama sesuatu benda atau pelajaran yang telah di pelajari
  • tidak merangkak semasa bayi
  • suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat untuk membaca sendiri
  • berminat terhadap perkara baharu dan suka bertanya banyak soalan.
murid sekolah rendah (6-9 tahun)
  • mempunyai kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah serta menterbalikan perkataan, huruf dan nombor
  • menggunakan jari untuk mengira dan mebaca
  • keliru dengan bahagian kiri dan kanan
  • tulisan cermin atau terbalik
murid sekolah rendah (9-12 tahun)
  • melakukan kesilapan semasa membaca, mengeja, dan lemah dalam kefahaman
  • mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
  • kesukaran menyalin maklumat pada papan putih atau buku teks
  • sukar mengikut arahan lisan yang panjang
  • kelihatan tidak terurus semasa berada di rumah atau sekolah
  • kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
Pelajar sekolah menengah (13-18 tahun)
  • mengalami kesukaran semasa membaca serta mudah terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
  • kesukaran untuk menulis karangan
  • keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
  • kesukaran untuk mempelajari bahasa lain
  • lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
  • seorang yang pendiam dan suka memencilkan diri
  • bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit
  • kurang kemahiran untuk bersosial

Pendekatan pengajaran
  • pendekatan fizikal
  • papan tulis
  • pembelajaran dalam kelas
  • lembaran kerja atau kertas peperiksaan 
  • tulisan

Friday, November 16, 2012

soalan kuiz yang keenam


soalan 6 :


      Sebahagian besar kanak-kanak bermasalah pembelajaran lambat menguasai kemahiran membaca,menulis dan mengira adalah disebabkan oleh masalah pengamatan. Sebahagian besar guru Pendidikan Khas pula kurang mahir dalam menjalankan ujian pengamatan.Kepentingan ujian pengamatan ini dapat dilihat apabila Kementerian Pendidikan telah mewujudkan mata pelajaran manipulative yang memberi penekanan kepada ujian pengamatan.Anda telah dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negari masing-masing untuk memberi kursus tentang pengamatan kepada guru Pendidikan khas yang baru mengajar. Anda dikehendaki memberi penekanan kepada :

             i) Apakah ujian pengamatan?
ii) kepentingan ujian pengamatan?
iii) Bagaimana membina senarai semak ujian pengamatan dan instrumennya.
           Sediakan modul ringkas untuk melaksanakan kursus tersebut dengan memberi 
           penekanan perkara I-III.

maksud ujian pengamatan

Ujian pengamatan merupakan ujian yang bertujuan untuk mengesan murid dalam mengenal pasti orientasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. Penentuan sesuatu saiz, jarak antara kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain juga merupakan antara objektif ujian pengamatan. Kebolehan untuk mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat akan dapat dikesan melalui ujian pengamatan. Terdapat 10 komponen dalam ujian pengamatan iaitu :


Diskriminasi yang sama (Discrimination sameness)
-         
      Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam mencari persamaan pada objek, bentuk,        warna, nombor, huruf dan sebagainya.

      ii.            Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (Discrimination of differences)
-        
            Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam mencari perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

    iii.            Diskriminasi saiz (Discrimination of size)
-         
            Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam membuat perbezaan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

    iv.            Diskriminasi kedudukan (Position in space)
-        
             Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam membezakan kedudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

      v.            Koordinasi motor-mata-tangan
-        
            Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam menyelaraskan sesuatu pergerakan motor-mata-tangan dan hala tuju arah kiri, kanan dan sebagainya.

    vi.            Pertalian jarak (Spatial relationship)
-          
      Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam mengandaikan sesuatu saiz, jarak antara kiri dan kanan srta hubungan satu objek dengan objek yang lain.


  vii.            Mazing

-          Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam membuat penyelesaian masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada tahap yang mudah kepada tahap yang susah.

viii.            Turutan (Sequencing)
-         
             Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.

    ix.            Rajah latar belakang / benda tersembunyi (Figure-Ground)
-         
           Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam menyelesaikan masalah abstrak.

      x.            Menyalin (Visual Copying)
-          
      Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam menghasilkan sesuatu benda yang dilihat melalui deria penglihatannya sendiri.

     
      kepentingan ujian pengamatan

     
Kepentingan ujian pengamatan terhadap pelajar bermasalah pembelajaran adalah untuk mengukur pencapaian seseorang individu untuk dibandingkan dengan pencapaian individu lain dalam sesuatu kumpulan. Ia merupakan suatu ujian yang digunakan untuk menentukan prestasi seseorang individu ke atas sesuatu tugasan supaya pencapaian individu tersebut boleh dibandingkan dengan pencapaian individu lain yang melakukan tugasan yang sama.

Strategi pelaksanaan dan keberkesanan ujian ini adalah merupakan satu langkah yang penting kearah kejayaan sesuatu masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Strategi pelaksanaan program tersebut dapat membantu guru untuk melaksanakan program dengan lebih berkesan. Selain daripada itu strategi pelaksanaan perlu mantap bagi melahirkan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira


4 ujian pengamatan


  • penglihatan
  • pendengaran
  • mata dan tangan











soalan kuiz yang kelima



soalan 5


Berikan definisi masalah bahasa menurut Martin D. dan Miller C. (1996)?

menurut Martin dan Miller (1996), masalah bahasa merujuk kepada ketidakupyaan seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. 


 Fonologi

  • Mempunyai masalah untuk mengeluarkan kata-kata
  • Mempunyai masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang tidak normal  
  • Mempunyai masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Hal ini kerana disebabkan oleh masalah artikulasi, kognitif, masalah auditoria tau saraf mulut yang tidak normal
  • Kanak-kanak cerebral palsi yang mengalami masalah ini. 

morfologi

  • Tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam pertuturan
  • Kanak-kanak mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata kerana perbendaharaan kata yang terkumpul pada kanak-kanak sangat terhad
  •  Mempunyai masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana kadar penambahan purata panjang ujarannya amat lemah
  • Kelewatan dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul.
  •  Menggunakan imbuhan akhiran dan bertindak menggugurkannya di dalam penggunaan ayat. Contohnya “makanan” menjadi “makan"
  • Menghadapi masalah untuk memberikan penjelasan, menerangkan sesuatu. Dari aspek penulisan pula,kanak-kanak tidak dapat menulis dengan baik berbanding dengan pertuturan

sintaksis

  • Mereka keliru untuk menggunakan tatabahasa yang betul kerana mereka hanya menggunakan logik ayat sahaja.
  •  Kefahaman mereka menggunakan kefahaman tatabahasa lebih daripada ayat yang kompleks.
  •   Kanak-kanak keliru dengan ayat pasif
  • Tidak boleh membezakan penggunaan perkataan yang mempunyai dua atau lebih makna contoh “kek ini manis” dan “perempuan itu manis dipandang”.

s    semantik
\
  •       Sukar untuk memahami makna perkataan mengikut kategori, kuantiti, ruang dan masa
  •       Sukar untuk memahami perkataan yang mengandungi pelbagai makna, menggunakan perkataan yang berhubung seperti sinonim, antonym, serta penggunaan sesuatu konsep yang abstrak seperti peribahasa.
  •       Masalah kekurangan perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif. Hal ini boleh menyebabkan masalah dari segi mempelajari perkataan baru secara tidak formal
p    
      pragmatik
·         
  •       Mempunyai masalah dalam berbahasa komunikasi
  •       Masalah dalam menentukan giliran di dalam perbualan.









soalan kuiz yang keempat



soalan 4 : Apakah yang dimaksudkan dengan apasia?






Menurut Wood (1971) aphasia merupakan  “parsial or complete loss of ability to speak or to comprehend the spoken word due to injury, disease. Or maldevelopment of brain.” (Kehilangan kemampuan untuk bicara atau untuk memahami sebagaan atau keseluruhan dari yang diucapkan oleh orang lain, yang diakibatkan kerana adanya gangguan pada otak).

Menurut Wiig dan Semel (1984) bahawa “Aphasia  as involving those who have acquired a language disorder because of brain damage resulting in impairment of language comprehension formulation, and use”. (Mereka yang memiliki gangguan pada perolehan bahasa yang disebabkan kerana kerosakan otak yang mengakibatkan ketidakmampuan dalam memformulasikan pemahaman  bahasa  dan pengguanaan bahasa).

 Pengertian aphasia secara umum berkaitan dengan disorder of brain,  injury of the brain. Sekarang ini terdapat banyak perbezaan dari jenis-jenis aphasia atau keadaan-keadaan yang dikaitkan dengan aphasia seperti agnosia, paraphasia dan dysprosody. Apasia adalah berbeza dari satu orang dengan yang orang lain. Tahap keparahan apasia bergantung dari tempat dan keparahan cedera otak, kemampuan berbahasa sebelum apasia, dan fizikal seseorang.

Gangguan bahasa aphasia dikelompokkan kepada masalah  receptive dan ekspresive. Aphasia dihadapi oleh anak dan orang dewasa. Istilah developmental aphasia secara luas digunakan kepada anak-anak walaupun sudah lama sekali berkaitan dengan masalah neurorogikal damage. Aphasia  children  bermula dengan menggunakan kata pada usia 2 tahun atau lebih dan ayat pada usia 4 tahun. Hubungan antara aphasia dan kelainan neurological pada anak secara terus menerus menarik perhatian para pengkaji, dengan menghasilkan beberapa bukti yang berkaitan.

Sebagai contoh, Geschwind (1968) menemui perbezaan yang bermaksud dalam ukuran auditory cortex lapisan luar otak) pada pesakit aphasia antara hemisphera kiri dan kanan. Tetapi bukti yang jelas tentang persyarafan mana yang mengalami gangguan, fakta itu sulit untuk diperoleh.. Seperti penemuan-penemuan yang telah dilakukan, akan diteruskan oleh para penyelidik melakukan eksplorasi susunan syarap pesakit aphasia anak-anak. Walaupun antara teori dan andaian, arah dan tujuan membuktikan fakta-fakta yang berkaitan dengan dengan disfungsi saraf khusus untuk aphasia sangat sukar untuk diperoleh. Lain lagi ada yang disebut Aphasia orang dewasa banyak yang mendefinisikan secara berbeza. Eisenson (1971) menyarankan bahawa agar perjanjian berlaku antara para ahli dengan cara lebih baik mengenal pasti gejala-gejala suatu individu yang aphasia daripada dengan hanya mendefinisikannya atau tentang esensi aphasianya.

Sebagai contoh, Geschwind (1968) menemui perbezaan yang bermaksud dalam ukuran auditory cortex lapisan luar otak) pada pesakit aphasia antara hemisphera kiri dan kanan. Tetapi bukti yang jelas tentang persyarafan mana yang mengalami gangguan, fakta itu sulit untuk diperoleh.. Seperti penemuan-penemuan yang telah dilakukan, akan diteruskan oleh para penyelidik melakukan eksplorasi susunan syarap pesakit aphasia anak-anak. Walaupun antara teori dan andaian, arah dan tujuan membuktikan fakta-fakta yang berkaitan dengan dengan disfungsi saraf khusus untuk aphasia sangat sukar untuk diperoleh. Lain lagi ada yang disebut Aphasia orang dewasa banyak yang mendefinisikan secara berbeza. Eisenson (1971) menyarankan bahawa agar perjanjian berlaku antara para ahli dengan cara lebih baik mengenal pasti gejala-gejala suatu individu yang aphasia daripada dengan hanya mendefinisikannya atau tentang esensi aphasianya


 Menurut Eisnson (1971) mengemukakan hasil pemerhatian dari individu yang menghidapi aphasia :


1. Ada beberapa tingkat dalam kesulitannya, seseorang dikatakan aphasia iaitu menunjukkkan ketidakmampuan untuk menerima rangkaian bahasa lisan sebagai out put. Gangguan ini sering disebut sebagai gangguan span  memory atau span attention. Gangguan ini (siri output dimanifestasikan dalam gangguan memformulasikan secara sintaksis).

2. Kesulitan aphasia secara umum dinyatakan adalah kurangnya kemampuan dalam memformulasikan bahasa yang dapat difahami atau menghasilkan dalam jenis dan cara yang konsisten dengan situasi (dikaitkan dengan formulasi bahasa). Pada umumnya, kurang mampu untuk bertindak balas yang lebih intelektual dan abstrak terhadap situasi yang berlaku.






soalan kuiz yang ketiga






Soalan 3: 

Individuals with Disabilities Education Act(IDEA) menggunakan istilah ‘emotional disturbance’ atau gangguan emosi berdasarkan lima kriteria utama.Istilah ini menbawa maksud keadaan yang menunjukkan satu atau lebih ciri-ciri berikut dalam satu tempoh masa yang panjang yang akan mempengaruhi pencapaian akademik. Jelaskan kelima-lima kriteria utama berikut


lima kriteria utama

pertama

satu ketidakupayaan untuk belajar yang mana tidak boleh dijelaskan oleh intelek, deria dan faktor kesihatan, ketidakupayaan yang berlaku ini tidak dapat di jelaskan kerana gangguan emosi ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor yang berpunca daripada persekitaran.

kedua

satu ketidakupyaan untuk membina atau mengekalkan perhubungan interpersonal dengan rakan sebaya dan guru, kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi kebiasaannya tidak dapat bergaul dengan orang sekelilingnya.

ketiga

ciri-ciri tingkah laku dan emosi yang tidak sesuai dalam suasana yang normal, kanak-kanak ini selalunya sering bertindak di luar batasan dan boleh menggangu ketenteraman orang lain

keempat

mudah merasai kesedihan dan depresi, kanak-kanak ini sering mengalami perasaan sedih dan kemurungan melampau dan kadang kala mereka boleh bertindak di luar jangkaan

kelima

kecenderungan untuk membina simptom fizikal atau ketakutan berkaitan personal dan masalah di sekolah. Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi ini sering menjauhkan diri daripada orang lain ataupun melakukan masalah di sekolah supaya mereka dapat mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.