Soalan 1: Bincangkan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran
masalah membaca
Masalah untuk membaca merupakan masalah yang di hadapi oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran dari aspek kesedaran fonologi, semantik dan sintaksis. Masalah dari segi fonologi iaitu dari segi kesukaran untuk menyebut perkataan atau ayat untuk di jadikan alat pertuturan. Bunyi penyebutan perkataan atau ayat berbeza cara penyebutan yang di alami oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran dan pelajar yang normal. Fonologi merupakan punca kepada pelajar yang bermasalah pembelajaran gagal untuk membaca. Dari segi semantik pula pelajar sukar untuk memahami maksud sesuatu perkataan manakala bagi sintaksis pula tidak memahami ayat yang komplek. Pelajar yang bermasalah pembelajaran ini harus memberikan tugasan dengan menggunakan ayat yang mudah dan ringkas untuk memberikan sesuatu arahan tanpa menggunakan ayat yang terlalu panjang boleh menyebabkan pelajar sukar untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Biasanya yang mengalami masalah membaca bagi pelajar yang bermasalah pembelajaran ialah disleksia iaitu tidak dapat membezakan huruf “b” dan huruf “p”. Pelajar ini sukar untuk membezakan huruf yang seakan-akan sama.s
masalah tulisan
Pelajar yang bermasalah pembelajaran menghadapi masalah dari segi bahasa yang terhad. Mereka sukar untuk menggunakan bahasa yang lengkap serta tidak pandai untuk mengeja dan membaca. Hal ini boleh menyebabkan pelajar terhad menggunakan bahasa dalam penulisan. Kemahiran menulis dalam kalangan pelajar yang bermasalah pembelajaran juga terhad iaitu dari segi kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul dan sebagainya. Pelajar palsi serebral sukar untuk memegang pensil dengan betul dan perlu memegang pensil dengan kuat apabila menulis kerana pelajar tersebut menghadapi tangan yang menggigil. Pelajar bermasalah pembelajaran juga tidak mempunyai kemahiran motor kasar untuk menulis contohnya palsi serebral.
Tiada pencapaian matematik
masalah yang di hadapi oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran dari segi matematik adalah tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi serta sukar untuk membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair. Hal ini dapat dikesan pelajar menghadapi masalah diskalkulia iaitu ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Pelajar bermasalah pembelajaran sukar untuk mengikuti pembelajaran dalam matapelajaran matematik kerana mereka keliru dengan menggunakan angka-angka.
tiada tumpuan dan hiperaktif
ciri-ciri kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran adalah tiada tumpuan yang sepenuhnya contoh yang paling ketara adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah dari segi hiperaktif. Kanak-kanak ini sukar untuk memberikan tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya. Sukar untuk mengawal tingkah laku kanak-kanak dan memerlukan pengawalan yang ketat kepada kanak-kanak hiperaktif untuk mengelakkan berlakunya masalah pergaduhan sesamanya, mengganggu rakan-rakan lain dan sebagainya. Kanak-kanak yang tidak mempunyai tumpuan ini mempunyai pergerakan yang kuat iaitu suka berlari-lari, memanjat, melompat, menjerit dan banyak bercakap. Kebanyakkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang menghadapi masalah tumpuan akan memberikan kesan kepada kerja-kerja sekolah kerana terlalu banyak kesilapan yang di lakukan dan dan sukar untuk mengatur aktiviti seharian mereka.
z
masalah dari segi tingkah laku
tingkah laku sukar dikawal yang sering di lakukan oleh kanak-kanak
bermasalah pembelajaran adalah sikap agresif dari segi fizikal, mencederakan
diri sendiri, menjerit dan membuat bising, mengganggu dan hiperaktif, terlalu
obsesi dan melakukan perbuatan yang sama, dan tidak berminat untuk belajar.
Perbuatan sikap agresif dari segi fizikal adalah menyukarkan dan memberikan
tekanan kepada seseorang. Ibu bapa atau guru perlu memainkan peranan yang
penting dengan menggunakan strategi yang efektif untuk mendidik dan menjaga
kanak-kanakyang bermasalah pembelajaran ini.
kurang kemahiran sosial
kanak-kanak bermasalah pembelajaran lemah dalam kemahiran sosial seperti untuk
mencari kawan, di ketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap untuk
berinteraksi dengan orang lain. Lemah dalam kemahiran komunikasi dapat dilihat
daripada kanak-kanak autisme yang mereka tidak mempunyai kawan-kawan dari
kalangan kanak-kanak biasa di sebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui
cara untuk menjalinkan hubungan serta mengekalkan hubungan. Hal ini boleh
menyebabkan kanak-kanak ini akan di pinggirkan dan membuatkan mereka
menyendiri. Kanak-kanak ini juga tidak mempunyai kemhiran untuk menolak tekanan
daripada rakan sebaya yang mempunyai sikap yang negatif serta tidak dapat
mengenalpasti rakan sebaya yang baik untuk di tiru. Akibatnya harga diri mereka
rendah di sebabkan usaha mereka untuk berinteraksi dengan orang lain terhad.
No comments:
Post a Comment