PERCAMBAHAN BIJI BENIH
PERALATAN DAN BAHAN YANG DI GUNAKAN
|
Benang |
|
Dawai |
|
Gunting |
|
Kertas Warna |
|
Pembalut Hadiah |
|
Kotak |
|
Pisau |
|
Polistrin |
|
Gam |
cara-cara membuat pembiakan bijih benih
langkah pertama
- mula-mula sekali saya telah menggariskan kotak mengikut bentuk yang di kehendaki.
- kemudian saya memotongnya mengikut garisan yang telah di tanda
- kemudian balutkan kotak yang telah di potong dengan pembalut hadiah sebagai perhiasan untuk menunjukkan kekemasan.
- pembalut hadiah berwarna hitam ini hanya di balut di luar kotak sahaja
- pada bahagian dalam kotak pula saya telah menampal pembalut hadiah berwarna hijau untuk menampakkan kontra warna hitam dan hijau.
- kemudian saya telah mengukur kepingan kotar untuk di potong dan di letakkan ke dalam kotak untuk menunjukkan tapak yang tebal.
- selepas ukuran kepingan kotak siap, saya membalut kertas pembalut hadiah berwarna coklat untuk menunjukkan sebagai tanah.
- ini adalah hasil kotak yang telah saya lakukan.
LANGKAH KEDUA
- selepas menghiaskan kotak, saya telah melukis peringkat-peringkat perkembangan biji benih pada kertas A4 untuk di jadikan sebagai contoh dan ukuran. Saiz percambahan ini saya telah menentukan mengikut saiz kotak.
- setelah siap di lukis saya telah memotong mengikut saiz bentuk percambahan.
- setelah memotong lukisan tersebut, saya telah melakarnya pada polistrin untuk di potong dengan mengikut bentuk lukisan tersebut.
- kemudian saya memotong gabus mengikut lukisan tersebut
- ini adalah hasil potongan mengikut lukisan
- selepas memotong polistrin mengikut saiz pertumbuhan saya telah menampalkan kertas warna untuk melihatkan pertumbuhan berlaku.
LANGKAH KETIGA
- langkah ini adalah langkah membuat akar pokok yang di buat dengan menggunakan benang. Saya telah menebuk lubang polistrin dengan menggunakan dawai untuk memasukkan benang.
- Benang tersebut di bahagikan kepada dua bahagian batang pokok iaitu kanan dan kiri.
- setelah selesai memasukkan benang, saya memotong benang mengikut akar pokok yang terabur.
- ini adalah contoh yang telah siap.
LANGKAH KEEMPAT
- Langkah keempat adalah membuat matahari dan awan
- cara pertama adalah memotong polistrin dengan bentuk bulat
- kemudian tampalkan kertas warna berwarna oren untuk memberikan penegasar warna untuk matahari
- saya telah memotong dawai untuk membuat pancaran matahari di sekeliling matahari tersebut.
- cara seterusnya adalah membuat bentuk awan
- saya telah melakarkan bentuk awan pada kertas A4 dan memotongnya mengikut saiz lakaran
LANGKAH KELIMA
- Cara yang keseterusnya adalah menampal kertas biru pada bahagian atas kotak tersebut untuk di jadikan sebagai warna langit.
- kemudian saya telah menampalkan kertas warna merah dengan saiz yang kecil untuk menunjukkan garisan perkembangan biji benih dari peringkat pertama hingga peringkat terakhir.
- selepas menampal pada kotak, saya telah menampalkan double tape pada bentuk biji benih untuk di tampalkan pada kotak tersebut
- seterusnya adalah langkah untuk menyusun dan menampalkan pergerakan biji benih pada kotak.
- selepas siap menampal biji benih tersebut, saya telah menampal bentuk awan dan matahari pada kotak tersebut.
- ini adalah hasil yang telah siap. Model 3D percambahan biji benih.
- selamat mencuba......
Assalammu'alaikum...Kemasnya cara awak membuat Model ABM ni.Kemas,ringkas dan menarik ja tengok...
ReplyDeletetak sabar rasanya nak tengok awak bentangkan ABM awak ni...
salam...menarik abm ijah...mesti sabar kan buat benda tu sbb dila tahu nak potong polisterine tu susahlagi2 kalau bentuk kecil..silap hari bulan hancurrrr..;)..btw...interesting ijah
ReplyDeletetq dila dan zila.... memang susah nak potong pon,
ReplyDelete