Saturday, November 17, 2012

DISLEKSIA




apa itu disleksia???





  • murid yang mengalami kesukaran untuk membaca. Hal ini kerana pelajar tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul samada dalam bentuk huruf, suku kata atau dalam perkataan
  • Dyslexia berasal daripada gabungan dua perkataan yunani iaitu "dys" bermakna kesukaran atau kesusahan dan "lexis" pula bahasa dan pertuturan. 
  • murid disleksia juga mengalami masalah dari segi menulis, mengira, dan mengeja.
  • murid disleksia dilabel sebagai seorang pemalas, bodoh dan lembab.
  • disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah tetapi kerana mereka mengalami kecelaruan otak dan tidak dapat mengecam sesuatu perkara dengan baik kerana sesuatu yang dilihat adalah dalam bentuk yang terbalik.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendifinisikan murid-murid disleksia sevagai murid yang mengalami masalah pembelajaran yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid yang biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

jenis-jenis disleksia

terdapat 3 kategori iaitu :

  1. visual
  • berkaitan dengan murid yang menggunakan deria penglihatan
  • walaupun murid-murid disleksia dapat melihat dengan baik tetapi mereka tidak dapat membezakan perkara yang dilihat ataupun menginterpretasikan serta mengingatinya.
    2.   auditori
  • murid menggunakan deria pendengaran
  • murid disleksia dapat mendengar dengan baik, tetapi mereka mengalami kesukaran dalam mendiskriminasikan bunyi, membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi dan mengenal pasti bunyi bagi perkataan ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata.
    3.   visual-auditori
  • murid-murid mengalami masalah disleksia yang teruk kerana kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat membantu mereka menginterpretasikan perkara yang di lihat dan didengar.

Klasifikasikan murid-murid disleksia

1. Diskalkulia - bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
2. Disgrafia - bermasalah dalam bahasa
3. Dispraksia - bermasalah dalam koordinasi motor, mata dan tangan
4. Apraksia - masalah dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa


Diskalkulia



  • masalah dalam pengiraan atau matematik
  • murid yang menghadapi masalah diskalkulia akan merasa fobia dengan nombor.

ciri-ciri murid yang menghadapi diskalkulia :

  1. boleh berbicara, membaca dan menulis dengan baik tetapi mempunyai keupayaan yang terhad apabila ia melibatkan nombor, membilang dan menyelesaikan masalah matematik
  2. mempunyai daya ingatan yang baik tetapi sukar untuk membaca nombor dan mengingat nombor mengikut turutan yang betul.
  3. boleh memahami konsep asas matematik tetapi sering kecewa dengan perkara yang melibatkan pengiraan
  4. bermasalah dengan konsep masa, jadual dan mengaggarkan waktu
  5. lemah dalam mengingat arah, mudah terganggu dengan perubahan baru dan keliru dengan perkara rutin yang melibatkan nombor
  6. memori jangka panjang yang melibatkan matematik sangat terhad. Mereka mungkin boleh menyelesaikan masalah matematik pada hari di ajar, tetapi akan lupa apabila disuruh untuk menyelesaikan masalah matametik pada keesokan hari.
  7. lemah dalam membuat anggaran dan membilang hari
  8. mengalami kesukaran apabilan bermain permainan yang memerlukan strategi seperti catur, dam ular dan video permainan.
  9. sukar untuk mengira markah dan tidak suka dengan permainan kad yang memerlukan aktiviti pengiraan.

Disgrafia



  • gangguan neurologi yang melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak untuk menulis dengan betul.
  • gangguan ini menyebabkan seseorang menulis dalam bentuk yang menyimpang atau salah.
  • gangguan disgrafia terjadi ketika pelajar diperkenalkan dengan tulisan buat pertama kali
  • murid yang menghidapi disgrafia biasanya mempunyai tulisan "cakar ayam" dan kadang-kadang mereka sendiri tidak memahami perkara yang di tulis.
  • mengalami kesulitan belajar kerana mereka sering membuat salah apabila melakukan aktiviti yang melibatkan ejaan dan menulis.

ciri-ciri murid yang menghadapi masalah disgrafia

  1. memegang pen atau pensel dengan cara yang pelik atau berlainan daripada orang lain
  2. tulisan agak sukar untuk dibaca dan di fahami
  3. cuba mengelakkan diri apabila disuruh menulis dan melukis
  4. cepat penat apabila menulis
  5. menyebut perkataan dengan kuat apabila menulis
  6. sering tidak habis menyalin perkataan atau meninggalkan perkataan dalam tulisan
  7. sukar untuk meluahkan buah fikiran di atas kertas
  8. mengalami kesukaran dalam struktur ayat dan tatabahasa
  9. memperlihatkan jurang yang besar antara idea-idea secara bertulis dengan pemahaman yang di tunjukkan melalui ucapannya.

Dispraksia



  • gangguan disebabkan oleh ketidakupayaan neorologi
  • menganggu sistem koordinasi motor, mata dan tangan
  • sukar untuk meluahkan pendapat, membuat perancangan, melaksanakan aktiviti yang melibatkan pergerakan motor, mata dan tangan.
  • murid-murid dalam kategori ini sukar untuk memegang pensel dan boleh menyebabkan tulisan sukar untuk dibaca

ciri-ciri murid yang menghadapi masalah dispaksia

  1. lemah dalam koordinasi motor, mata dan tangan serta tidak dapat mengawal keseimbangan badan
  2. mengalami masalah mata
  3. lemah terhadap kesedaran mengenai ruang dan membuat persepsi
  4. postur badan yang lemah
  5. daya ingatan jangka pendek yang lemah
  6. kesukaran dalam membaca, menulis dan memberi ucapan
  7. mengalami masalah emosi dan tingkah laku
  8. kurang bersosial



Apraksia


  • gangguan pengucapan atau percakapan
  • sukar untuk mengeluarkan kata,bunyi atau pengucapan secara kosisten
  • gangguan ini disebut sebagai apraksia verbal kerana individu yang menghadapi mungkin mengalami kesukaran untuk membentuk bunyi dan berkomunikasi dengan berkesan
  • gangguan ini tidak dikaitkan dengan ketidakupayaan artikulasi seperti kelemahan otot lidah atau bibir

ciri-ciri murid yang mengalami gangguan apraksia

  • masalah untuk membentuk semua bunyi dalam kata atau membentuk bunyi-bunyi perkataan
  • tidak konsistem dalam pengeluaran suara.contoh dapat mengeluarkan suara dengan betul pada minit pertama dan tidak mampu mengeluarkan bunyi dengan betul pada minit seterusnya.
  • kesukaran terhadap intonasi dalam sebutan, nada suara mereka mungkin tidak sesuai dengan perkara yang ingin disampaikan.

masalah-masalah murid disleksia

  • masalah fonologi
  • masalah mengingat perkataan
  • masalah penyusunan bersiri
  • masalah ingatan jangka pendek
  • masalah kesedaran sintaks

Punca-punca Disleksia

otak

  • sambungan antara ke duan-dua belah otak yang di sebut korpus kolosum
  • korpus kolusum menjadi satu perjalanan isyarat saraf "sesak" dengan impuls saraf yang berulang alik

keturunan
  • boleh diwarisi, cuma darjah keterukan disleksia yang dialami mungkin berbeza
  • selain kromosom 6, disleksia juga disebabkan oleh kromosom 1, 15, dan 16 boleh diwarisi secara turun temurun

Biologi
  • kesukaran ibu melahirkan bayi seperti lahir tidak cukup bulan yang boleh menyebabkan kekurangan oksigen semasa di lahirkan
  • komplikasi yang di hadapi ibu semasa proses kelahiran juga menyumbang berlakunya gejala ini.
  • faktor ini boleh menyebabkan ketidaksempurnaan perkembangan otak yang boleh menyebabkan berlakunya masalah disleksia.

Ciri-ciri murid Disleksia
  • mempunyai masalah dalam ejaan
  • mempunyai masalah dalam ingatan
  • mempunyai masalah dalam membaca
  • mempunyai masalah dalam menyalin nota
  • mempunyai masalah dalam penomboran
  • mempunyai masalah visual motor

Tanda-tanda penghidap disleksia mengikut kategori umur

kanak-kanak prasekolah (3- 6 tahun)
  • mempunyai kemahiran bertutur yang lambat dan sukar untuk memahami arahan
  • suka mengantikan perkataan dan agak hiperaktif
  • mempunyai kemahiran motor kasar dan motor halus lemah
  • sering kali terlupa nama sesuatu benda atau pelajaran yang telah di pelajari
  • tidak merangkak semasa bayi
  • suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat untuk membaca sendiri
  • berminat terhadap perkara baharu dan suka bertanya banyak soalan.
murid sekolah rendah (6-9 tahun)
  • mempunyai kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah serta menterbalikan perkataan, huruf dan nombor
  • menggunakan jari untuk mengira dan mebaca
  • keliru dengan bahagian kiri dan kanan
  • tulisan cermin atau terbalik
murid sekolah rendah (9-12 tahun)
  • melakukan kesilapan semasa membaca, mengeja, dan lemah dalam kefahaman
  • mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
  • kesukaran menyalin maklumat pada papan putih atau buku teks
  • sukar mengikut arahan lisan yang panjang
  • kelihatan tidak terurus semasa berada di rumah atau sekolah
  • kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
Pelajar sekolah menengah (13-18 tahun)
  • mengalami kesukaran semasa membaca serta mudah terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
  • kesukaran untuk menulis karangan
  • keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
  • kesukaran untuk mempelajari bahasa lain
  • lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
  • seorang yang pendiam dan suka memencilkan diri
  • bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit
  • kurang kemahiran untuk bersosial

Pendekatan pengajaran
  • pendekatan fizikal
  • papan tulis
  • pembelajaran dalam kelas
  • lembaran kerja atau kertas peperiksaan 
  • tulisan

No comments:

Post a Comment