Definisi hiperaktif
- keadaan yang di kenal sebagai kesukaran memusatkan perhatian, mempunyai masalah kecil di otak, kerosakan kecil di otak, terlalu banyak bergerak atau aktif dan hiperaktif.
- ADHD adalah satu gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokuskan terhadap sesuatu benda.
- menurut American Psichiatric Association (APA) 1994, ADHD adalah "tingkah laku hiperaktif dan kurang tumpuan yang berlaku secara berulang-ulang atau berterusan. Tingkah laku ini berlaku sangat kerap dan di lihat secara berulang-ulang atau berterusan.
- 3%- 5% gangguan hiperaktiviti dan impulsitiviti kerap berlaku ketika pra sekolah, sekolah rendah dan pada peringkat remaja.
- Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mendapat ADHD berbanding perempuan.
- umur 7 tahun biasanya kanak-kanak mengalami kecelaruan dan ganguan serta kurang tumpuan.
Kategori dan ciri-ciri murid ADHD
a) kurang tumpuan
- gagal memberikan tumpuan dengan teliti pada butir-butir tertententu atau terperinci. kanak-kanak selalu cuai dan lalai melakukan kesilapan dalam kerja sekolah, pekerjaan dan dll.
- mempunyai masalah untuk mempertahankan tumpuan dan perhatian dalam sesuatu aktiviti terutama aktiviti visual dan pemikiran kecuali menggunakan jari untuk menunjukkan perkara yang di baca. Kanak-kanak 6 tahun boleh menumpukan perhatian sekurang-kurangnya 15-20 minit sahaja.
- tidak mendengar perkara yang diperkatakan kepadanya. contohnya memberikan arahan yang banyak dalam satu masa, mereka tidak dapat mengingatnya.
- gagal untuk mengikut atau mematuhi arahan dan sering gagal melengkapkan atau menyiapkan kerja sekolah atau kerja rumah yang diberikan.
- menghadapi masalah dalam pengurusan dan pengelolaan aktiviti, tugasan atau kerja dengan sendiri.
- selalu mengelak, berasa benci atau enggan memberikan komitmen terhadap kerja yang memerlukan tumpuan yang lama serta memerlukan keupayaan dari segi mental contohnya kerja sekolah.
- selalu kehilangan benda atau barang yang berkaitan dengan kerja. hal ini boleh di kategorikan sebagai sifat yang pelupa atau tidak ingat sesuatu perkara yang telah di lakukan.
- senang di ganggu oleh elemen luar
- menjadi pelupa dalam aktiviti harian.
b) Hiperaktif
- kerap mengerakkan tangan dan kaki atau mengeliat di tempat duduk.
- selalunya meninggalkan tempat duduk di dalam kelas, kurang perhatian dan lebih tumpuan kepada perkara yang di minati
- sering berlari ke sana ke mari atau memanjat dengan melampau dalam situasi yang tidak sesuai
- kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktivit riadah secara senyap.
- tidak duduk diam iaitu mereka sentiasa dalam keadaan bergerak cergas atau kerap bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan.
- terlalu bayak bercakap, kadang-kadang cuba membebel
c) impulsif
- selalu memberikan jawapan terlebih dahulu sebelum soalan diajukan sepenuhnya.
- tidak sabar atau menghadapi masalah untuk menanti giliran
- sering mencelah perbualan,menganggu aktiviti atau suka mengusik rakan yang lain (berlagak seperti ketua).
- membuat pertimbangan yang salah. Tidak dapat membezakan perkara yang dilakukan betul atau salah.
- cenderung untuk mengalami kemalangan kerana selalu bermain dengan benda yang tajam, melintas jalan raya tanpa melihat kiri dan kanan.
d) gabungan
- gabungan daripada impulsif, hiperaktif dan kurang tumpuan
- sukar untuk mengawal tingkah laku
- tidak memberikan tumpuan, gagal menyiapkan tugasan, tidak mengikut arahan dan sukar utuk memberi tumpuan terhadap sesuatu aktiviti.
- masalah impulsif menyebabkan murid sukar untuk bertindak tanpa berfikir, bertukar-tukar aktiviti, sukar menunggu giliran
- masalah hiperaktif menyebabkan murid sukar berlari atau memanjat perabot, tidak boleh duduk diam, bergerak secara berlebihan semasa tidur, mudah mengamuk dan sukar menyesuaikan diri dengan orang lain.
ASPEK DAN CIRI-CIRI MURID ADHD
a) kognitif dan pencapaian akademik
- lemah dalam pencapaian akademik kerana tidak dapat memberikan tumpuan atau meluangkan masa yang sedikit di dalam kelas
- gred yang di perolehi rendah dan berkemungkinan untuk gagal adalah tinggi
- mempunyai untuk belajar dalam jangka masa yang lama dan cenderung untuk di atur serta mudah lupa.
- tulisan yang buruk, kerja tidak memuaskan hati dan cuai, tugasan tidak lengkap dan kerja tidak disusun dengan baik.
b) Sosial
- tidak suka bergaul dengan rakan sebaya lain, dan sukar unt di terima oleh rakan kerana sikap yang agresif.
- sering berlaku pertelingkahan kerana ADHD tidak pandai berkomunikasi dengan baik.
- ADHD yang teruk akan mengakibatkan antisosial yang bertambah dan interaksi sosial menurun
- akan disisihkan atau tidak diterima oleh rakan dan tidak di sukai oleh guru.
c) emosi
- mempunyai emosi yang tidak menentu dan cepat berasa marah
- suka mengancam orang lain dalam bentuk fizikal ataupun percakapan
- menjadi ganas tanpa sebab atau kerana masalah kecil
- suka ketawa dan berasa seronok dengan tiba-tiba
- seronok melihat kawan marah dengan gangguan yang di lakukan
d) tingkah laku
- kerap mengasah pensel berbanding rakan lain, melihat sesuatu di atas rak buku berulang kali dan mengeliat atau bermain pensel diatas meja semasa guru mengajar
- berlari dan memanjat di dalam kelas atau di rumah
- menganggu rakan lain
- bertukar aktiviti kepada aktivit lain
- sukar menunggu giliran
- suka membahayakan diri sendiri contohnya melintas jalan
FAKTOR PENYEBAB ADHD
- pengambilan gula yang berlebihan
- kerosakan saraf di otak
- tahap neurotransmiter di dalam otak yang rendah
- faktor genetik
- faktor persekitaran
- teratogen
- tekanan emosi
- faktor cuaca
CIRI-CIRI POSITIF ADHD
- Kegigihan dalam kreativiti
- bersifat kata hati
- mempunyai emosi keinsafan
- penuh semangat atau girang
murid-murid ADHD juga mampu berjaya dan bersaing dengan murid-murid yang normal
No comments:
Post a Comment