Saturday, November 10, 2012

Apa itu pendidikan khas........????????





  • Satu program yang di bentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak khas yang mengalami pelbagai kecacatan atau ketidakupayaan.
  • Satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak upaya mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.
  • Program yang di rancang khusus untuk memenuhi keperluan murid-murid khas termasuk bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Hal ini bertujuan mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan melalui:
         a) perkembangan mental
         b) kestabilan emosi
         c) integrasi sosial
  • Pendidikan khas juga bertujuan untuk mewujudkan insan yang seperti dihasratkan dalam "Falsafah Pendidikan kebangsaan" iaitu seperti di bawah :

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

usaha ini untuk melahirkan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat.





Visi Pendidikan Khas

  • menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Misi pendidikan khas

  • menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Program pendidikan khas di Malaysia
  1. Masalah pembelajaran
  2. Cacat pendengaran
  3. Cacat penglihatan

Masalah pembelajaran

  1. Sindrm down
  2. Autisme
  3. Palsi serebral
  4. Hiperaktif
  5. Hipoaktif
  6. Tumpuan peringkat singkat (ADHD)
  7. Kerencatan akal
  8. Masalah emosi atau tingkah laku
  9. Masalah komunikasi
  10. Kerencatan anggotan
  11. Pintar cerdas dan berbakat
  12. Keupayaan mental rendah
  13. Disleksia

Masalah Penglihatan

Buta - tidak boleh melihat langsung, belajar menggunakan deria sentuhan, pendengaran, rasa dan hidu dan menggunakan tulisan Braille

Penglihatan terhad/ low vision - menggunakan cermin mata atau kanta pembesar kedudukan pelajar akan di letakkan di barisan hadapan sekali dalam bilik darjah dibantu dengan cahaya dan menggunakan saiz tulisan yang besar.

Masalah Pendengaran

Separuh pekak - deria yang rosak tetapi masih terdapat sisa pendengaran, deria masih berfungsi samada dengan bantuan alat pendengaran atau tidak

Pekak - deria dengar tidak dapat berfungsi langsung, kecacatan di perolehi semasa, sebelum, selepas, atau selepas kelahiran.


Faktor-faktor penyebab masalah kecacatan

sebelum kelahiran

  1. keturunan/ genetik
  2. pemakanan ibu / keluarga
  3. kesihatan ibu/ penyakit/ jangkitan (rubella, kanser,campak)
  4. kemalangan/ kecederaan
  5. amalan kehidupan (merokok,arak,dadah)
  6. umur ibu mengandung
  7. persekitaran tempat tinggal

semasa kelahiran

  1. kesuburan kelahiran
  2. Vacuum/ forsep
  3. premature/ tidak cukup bulan
  4. lemas / kurang oksigen
  5. tumpah darah/ kurang darah
  6. pembedahan yang sukar
  7. kelewatan kelahiran

selepas kelahiran



  1. jangkitan penyakit selepas lahir (demam panas dan demam kuning)
  2. pemakanan bayi
  3. persekitaran tempat tinggal (cuaca, udara, air dll)
  4. kemalangan / kecederaan kepala
  5. keracunan makanan/ tertekan
  6. penyakit kronik




No comments:

Post a Comment