Friday, November 16, 2012

soalan kuiz yang kelima



soalan 5


Berikan definisi masalah bahasa menurut Martin D. dan Miller C. (1996)?

menurut Martin dan Miller (1996), masalah bahasa merujuk kepada ketidakupyaan seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. 


 Fonologi

  • Mempunyai masalah untuk mengeluarkan kata-kata
  • Mempunyai masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang tidak normal  
  • Mempunyai masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Hal ini kerana disebabkan oleh masalah artikulasi, kognitif, masalah auditoria tau saraf mulut yang tidak normal
  • Kanak-kanak cerebral palsi yang mengalami masalah ini. 

morfologi

  • Tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam pertuturan
  • Kanak-kanak mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata kerana perbendaharaan kata yang terkumpul pada kanak-kanak sangat terhad
  •  Mempunyai masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana kadar penambahan purata panjang ujarannya amat lemah
  • Kelewatan dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul.
  •  Menggunakan imbuhan akhiran dan bertindak menggugurkannya di dalam penggunaan ayat. Contohnya “makanan” menjadi “makan"
  • Menghadapi masalah untuk memberikan penjelasan, menerangkan sesuatu. Dari aspek penulisan pula,kanak-kanak tidak dapat menulis dengan baik berbanding dengan pertuturan

sintaksis

  • Mereka keliru untuk menggunakan tatabahasa yang betul kerana mereka hanya menggunakan logik ayat sahaja.
  •  Kefahaman mereka menggunakan kefahaman tatabahasa lebih daripada ayat yang kompleks.
  •   Kanak-kanak keliru dengan ayat pasif
  • Tidak boleh membezakan penggunaan perkataan yang mempunyai dua atau lebih makna contoh “kek ini manis” dan “perempuan itu manis dipandang”.

s    semantik
\
  •       Sukar untuk memahami makna perkataan mengikut kategori, kuantiti, ruang dan masa
  •       Sukar untuk memahami perkataan yang mengandungi pelbagai makna, menggunakan perkataan yang berhubung seperti sinonim, antonym, serta penggunaan sesuatu konsep yang abstrak seperti peribahasa.
  •       Masalah kekurangan perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif. Hal ini boleh menyebabkan masalah dari segi mempelajari perkataan baru secara tidak formal
p    
      pragmatik
·         
  •       Mempunyai masalah dalam berbahasa komunikasi
  •       Masalah dalam menentukan giliran di dalam perbualan.









No comments:

Post a Comment