Friday, November 16, 2012

soalan kuiz yang ketiga






Soalan 3: 

Individuals with Disabilities Education Act(IDEA) menggunakan istilah ‘emotional disturbance’ atau gangguan emosi berdasarkan lima kriteria utama.Istilah ini menbawa maksud keadaan yang menunjukkan satu atau lebih ciri-ciri berikut dalam satu tempoh masa yang panjang yang akan mempengaruhi pencapaian akademik. Jelaskan kelima-lima kriteria utama berikut


lima kriteria utama

pertama

satu ketidakupayaan untuk belajar yang mana tidak boleh dijelaskan oleh intelek, deria dan faktor kesihatan, ketidakupayaan yang berlaku ini tidak dapat di jelaskan kerana gangguan emosi ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor yang berpunca daripada persekitaran.

kedua

satu ketidakupyaan untuk membina atau mengekalkan perhubungan interpersonal dengan rakan sebaya dan guru, kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi kebiasaannya tidak dapat bergaul dengan orang sekelilingnya.

ketiga

ciri-ciri tingkah laku dan emosi yang tidak sesuai dalam suasana yang normal, kanak-kanak ini selalunya sering bertindak di luar batasan dan boleh menggangu ketenteraman orang lain

keempat

mudah merasai kesedihan dan depresi, kanak-kanak ini sering mengalami perasaan sedih dan kemurungan melampau dan kadang kala mereka boleh bertindak di luar jangkaan

kelima

kecenderungan untuk membina simptom fizikal atau ketakutan berkaitan personal dan masalah di sekolah. Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi ini sering menjauhkan diri daripada orang lain ataupun melakukan masalah di sekolah supaya mereka dapat mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.


No comments:

Post a Comment