Friday, November 16, 2012

soalan kuiz yang keenam


soalan 6 :


      Sebahagian besar kanak-kanak bermasalah pembelajaran lambat menguasai kemahiran membaca,menulis dan mengira adalah disebabkan oleh masalah pengamatan. Sebahagian besar guru Pendidikan Khas pula kurang mahir dalam menjalankan ujian pengamatan.Kepentingan ujian pengamatan ini dapat dilihat apabila Kementerian Pendidikan telah mewujudkan mata pelajaran manipulative yang memberi penekanan kepada ujian pengamatan.Anda telah dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negari masing-masing untuk memberi kursus tentang pengamatan kepada guru Pendidikan khas yang baru mengajar. Anda dikehendaki memberi penekanan kepada :

             i) Apakah ujian pengamatan?
ii) kepentingan ujian pengamatan?
iii) Bagaimana membina senarai semak ujian pengamatan dan instrumennya.
           Sediakan modul ringkas untuk melaksanakan kursus tersebut dengan memberi 
           penekanan perkara I-III.

maksud ujian pengamatan

Ujian pengamatan merupakan ujian yang bertujuan untuk mengesan murid dalam mengenal pasti orientasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. Penentuan sesuatu saiz, jarak antara kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain juga merupakan antara objektif ujian pengamatan. Kebolehan untuk mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat akan dapat dikesan melalui ujian pengamatan. Terdapat 10 komponen dalam ujian pengamatan iaitu :


Diskriminasi yang sama (Discrimination sameness)
-         
      Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam mencari persamaan pada objek, bentuk,        warna, nombor, huruf dan sebagainya.

      ii.            Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (Discrimination of differences)
-        
            Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam mencari perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

    iii.            Diskriminasi saiz (Discrimination of size)
-         
            Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam membuat perbezaan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

    iv.            Diskriminasi kedudukan (Position in space)
-        
             Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam membezakan kedudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

      v.            Koordinasi motor-mata-tangan
-        
            Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam menyelaraskan sesuatu pergerakan motor-mata-tangan dan hala tuju arah kiri, kanan dan sebagainya.

    vi.            Pertalian jarak (Spatial relationship)
-          
      Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam mengandaikan sesuatu saiz, jarak antara kiri dan kanan srta hubungan satu objek dengan objek yang lain.


  vii.            Mazing

-          Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam membuat penyelesaian masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada tahap yang mudah kepada tahap yang susah.

viii.            Turutan (Sequencing)
-         
             Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.

    ix.            Rajah latar belakang / benda tersembunyi (Figure-Ground)
-         
           Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam menyelesaikan masalah abstrak.

      x.            Menyalin (Visual Copying)
-          
      Bertujuan untuk memberikan latihan kepada murid dalam menghasilkan sesuatu benda yang dilihat melalui deria penglihatannya sendiri.

     
      kepentingan ujian pengamatan

     
Kepentingan ujian pengamatan terhadap pelajar bermasalah pembelajaran adalah untuk mengukur pencapaian seseorang individu untuk dibandingkan dengan pencapaian individu lain dalam sesuatu kumpulan. Ia merupakan suatu ujian yang digunakan untuk menentukan prestasi seseorang individu ke atas sesuatu tugasan supaya pencapaian individu tersebut boleh dibandingkan dengan pencapaian individu lain yang melakukan tugasan yang sama.

Strategi pelaksanaan dan keberkesanan ujian ini adalah merupakan satu langkah yang penting kearah kejayaan sesuatu masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Strategi pelaksanaan program tersebut dapat membantu guru untuk melaksanakan program dengan lebih berkesan. Selain daripada itu strategi pelaksanaan perlu mantap bagi melahirkan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira


4 ujian pengamatan


  • penglihatan
  • pendengaran
  • mata dan tangan











No comments:

Post a Comment